Saturday, 9 May 2015

VIDEO TENTANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tugasan kedua yang perlu saya lakukan adalah mencari 10 video yang berkaitan dengan kursus 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan' dan yang berkaitan dengan program masing-masing. Untuk tugasan kedua ini,saya telah memilih 10 video di Youtube yang berkaitan dengan 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan Khas. Harapan saya agar video ini mampu membantu semua dalam mendapatkan ilmu mengenai Pendidikan Khas.

10 VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN 'TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS'

APLIKASI TELEFON PINTAR UNTUK MENGESAN LOKASI


Video ini menunjukkan penggunaan satu aplikasi yang menggunakan telefon pintar untuk memudahkan pergerakan orang kurang upaya dalam penglihatan untuk bergerak ke suatu tempat. Ini akan memudahkan orang yang kurang upaya pendengaran untuk bergerak ke destinasi yang diingini kerana mereka hanya perlu mendengar sahaja arahan daripada telefon pintar mereka. Ini akan mengelakkan mereka daripada tersesat jika berjalan sendirian.


BRAILLE DISPLAY


Penggunaan papan kekunci braille ini membantu orang-orang kurang upaya penglihatan untuk menggunakan laptop atau komputer untuk tujuan melayari internet atau sebagainya. Melalui aplikasi ini, orang kurang upaya dalam penglihatan dapat menggunakan komputer seperti orang-orang lain. Kemudahan ini sememangnya mesra bagi golongan kurang upaya penglihatan.


DEAF ALARM CLOCK


Aplikasi jam loceng ini akan membantu orang-orang kurang upaya pendengaran untuk menggunakan jam loceng. Seperti yang kita tahu, jam loceng yang asalnya adalah jam yang akan berbunyi apabila tiba waktu yang kita tetapkan. Jadi, melalui penciptaan jam loceng ini, golongan yang kurang upaya dalam penglihatan akan dapat menggunakannya juga. Ini disebabkan oleh jam loceng ini akan mengeluarkan cahaya apabila waktu yang telah kita tentukan tiba.


SCANNING PEN FOR DYSLEXIC


Penggunaan 'scanning pen' ini dapat membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia dalam aktiviti membaca dan mengenal huruf. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak bermasalah pembelajaran disleksia mempunyai masalah dalam mengenal huruf, membaca, mengira, dan lain-lain. Jadi, melalui penggunaan 'scanning pen' dapat membantu kanak-kanak disleksia.


IBM PEOPLE



IBM People merupakan satu aplikasi yang terdapat pada tongkat bagi orang yang kurang upaya dalam penglihatan. Tongkat ini dilengkapi dengan satu alat yang dapat mengesan kedudukan kawan orang kurang upaya dalam penglihatan, dapat mengesan bahaya yang berada di persekitaran orang yang kurang upaya dalam penglihatan. Selain itu, tongkat ini juga membantu orang kurang upaya penglihatan untuk bergerak tanpa bantuan orang lain.


READING GLASSES PROJECT


Reading Classes Project merupakan satu projek yang membantu orang yang mengalami masalah penglihatan untuk membaca atau mengesan sesuatu. Ini dilakukan dengan memakai kaca mata yang direka khas. Ini akan membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengesan sesuatu tempat dengan sendirian tanpa bantuan orang lain.



NAVIGATION FOR BLIND


Navigation for Blind ini merupakan satu alat yang dicipta untuk kemudahan orang yang mengalami masalah penglihatan di mana apabila mereka ingin menaiki bas, alat itu akan berbunyi apabila bas sudah sampai. Ini akan memudahkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk menggunakan pengangkutan awam.


PROGRAM HELPS DEAF-BLIND ACCESS TECHNOLOGI


Ini merupakan satu teknologi yang direka cipta untuk membantu orang yang berkeperluan khas untuk menggunakan teknologi. Ini akan membantu mereka untuk melayari internet dan sebagainya seperti orang-orang lain.


REX TECHNOLOGY



Alat ini direka khas untuk orang-orang yang berkeperluan khas seperti lumpuh dan sebagainya. Alat ini direka untuk membantu mereka untuk bergerak dan berjalan. Alat ini akan menyokong mereka untuk berdiri dan berjalan.


SCANNING READING ASSISTIVE


Aplikasi ini direka khas untuk orang yang mengalami masalah dalam penglihatan. Alat ini akan membantu mereka untuk membaca tulisan yang bukan ditulis dengan tulisan braille. Alat ini akan bertindak menjadi pengesan dan membacanya dengan suara yang boleh membuatkan orang yang mengalami masalah penglihatan ini mengetahui apa yang ditulis dalam kertas tersebut.


No comments:

Post a Comment