Sunday, 31 May 2015

Video Kumpulan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah pada hari ini saya akan berkongsi tentang video cara-cara untuk membuat hanger kasut dan cawan stand. Semoga memberi manfaat kepada semua..Selamat mencuba...



Sunday, 24 May 2015

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DARI PELBAGAI SISI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu lagi. Pada kali ini saya akan berkongsi tentang satu bahan bantu mengajar iaitu menggunakan pengangkut baju besi atau "hanger" dalam bahasa inggeris. Dengan menggunakan pengangkut baju besi ini saya telah berjaya menghasilkan satu "hanger kasut" iaitu tempat untuk menyimpan kasut yang dibentuk daripada penyangkut besi. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil daripada pelbagai sudut atau sisi.



Bahagian depan dari jarak dekat


Bahagian depan dari jarak jauh


Dari bahagian sisi tepi kanan


Dari bahagian sisi tepi kiri


Dari bahagian atas


Dari bahagian bawah


Bahagian belakang dari jarak jauh


Bahagian belakang dari jarak jauh


Hanger kasut yang telah siap dari jarak dekat


Hanger kasut yang telah siap dari jarak jauh



Semoga apa yang dikongsi ini mampu membantu guru-guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM)...Selamat Mencuba.....




ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua yang telah membaca setiap post yang telah saya postkan di dalam blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi tentang "APLIKASI TEKNOLOGI UNTUK INDIVIDU YANG BERKERLUAN KHAS" .

Apa itu teknologi????

Teknologi merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia bagi memudahkan urusan seseorang individu. Teknologi juga boleh menjadi suatu benda seperti mesin, alat, atau sebagainya yang boleh digunakan dan ianya mendatangkan kesan yang positif kepada penggunanya. Sebagai contoh alat yang berteknologi ialah mesin basuh yang dicipta bagi memudahkan manusia untuk membasuh pakaian mereka dimana mereka tidak perlu lagi untuk bersusah payah membasuh pakaian mereka menggunakan tangan. Dengan adanya teknologi pada zaman sekarang, ia telah membantu dan memudahkan urusan seharian manusia dimana kerja-kerja yang kompleks sudah boleh diringankan dengan adanya teknologi. Ini disokong dan dibuktikan lagi melalui kata-kata Hjetland (1995) dimana menurut beliau “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Ini jelas menunjukkan bahawa teknologi semestinya telah membantu memudahkan urusan manusia.

Namun begitu, teknologi juga turut membantu individu-individu yang berkeperluan khas dengan penciptaan beberapa jenis alat yang berteknologi tinggi yang membantu mereka untuk bergerak dengan lebih baik. Antara alat-alat tersebut ialah
     1. Kerusi roda

Individu yang mengalami masalah fizikal seperti lumpuh, serebral palsi, dan lain-lain, mereka akan mengalami kesukaran dalam pergerakan kerana mereka tidak dapat menggunakan kaki mereka untuk bergerak. Jadi, dengan penciptaan kerusi roda ini telah membantu mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa memerlukan bantuan orang lain. Terdapat pelbagai fungsi kerusi roda yang dicipta bagi memudahkan pergerakan golongan berkeperluan khas ini. Terdapat kerusi roda yang boleh bergerak dengan sendiri tanpa perlu ditolak oleh orang lain. Ini jelas menunjukkan dengan adanya teknologi yang canggih pada hari ini telah berjaya membantu orang yang berkeperluan khas fizikal untuk bergerak tanpa bantuan orang lain.



    2. TANDAS OKU


Seperti yang diketahui umum, tandas merupakan suatu keperluan kepada semua orang. Jadi, tandas yang terdapat juga perlulah mempunyai kesesuai bagi semua individu yang menggunakannya terutamnya golongan OKU iaitu individu yang berkeperluan khas. Mereka ini semestinya memerlukan kemudahan yang secukupnya semasa menggunakan tandas tersebut. Kini, dengan adanya teknologi, manusia telah berjaya menciptakan tandas yang mesra dengan pengguna-pengguna yang berkeperluan khas.



Berdasarkan gambar-gambar di atas jelas menunjukkan bahawa teknologi telah membantu golongan yang berkeperluan khas untuk melakukan sesuatu. Jadi, kemajuan teknologi ini bukan sahaja memberikan faedah kepada golongan tipikal, tetapi golongan yang berkeperluan khas juga. Antara faedah yang diperolehi oleh golongan-golongan ini ialah :

1.  Dapat memudahkan pergerakan.
2. Dapat meringankan beban golongan berkeperluan khas yang sentiasa memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak.
3.  Memberi peluang kepada golongan berkeperluan khas untuk mencuba untuk berdikari.
4.Melalui faedah-faedah di atas, boleh disimpulkan bahawa teknologi telah membantu semua   golongan dalam melakukan sesuatu.

Melalui faedah-faedah di atas, boleh disimpulkan bahawa teknologi telah membantu semua golongan dalam melakukan sesuatu. Saya harapkan semoga ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat kepada semua orang walaupun ilmu yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit sahaja.



Saturday, 9 May 2015

VIDEO TENTANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tugasan kedua yang perlu saya lakukan adalah mencari 10 video yang berkaitan dengan kursus 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan' dan yang berkaitan dengan program masing-masing. Untuk tugasan kedua ini,saya telah memilih 10 video di Youtube yang berkaitan dengan 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan Khas. Harapan saya agar video ini mampu membantu semua dalam mendapatkan ilmu mengenai Pendidikan Khas.

10 VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN 'TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS'

APLIKASI TELEFON PINTAR UNTUK MENGESAN LOKASI


Video ini menunjukkan penggunaan satu aplikasi yang menggunakan telefon pintar untuk memudahkan pergerakan orang kurang upaya dalam penglihatan untuk bergerak ke suatu tempat. Ini akan memudahkan orang yang kurang upaya pendengaran untuk bergerak ke destinasi yang diingini kerana mereka hanya perlu mendengar sahaja arahan daripada telefon pintar mereka. Ini akan mengelakkan mereka daripada tersesat jika berjalan sendirian.


BRAILLE DISPLAY


Penggunaan papan kekunci braille ini membantu orang-orang kurang upaya penglihatan untuk menggunakan laptop atau komputer untuk tujuan melayari internet atau sebagainya. Melalui aplikasi ini, orang kurang upaya dalam penglihatan dapat menggunakan komputer seperti orang-orang lain. Kemudahan ini sememangnya mesra bagi golongan kurang upaya penglihatan.


DEAF ALARM CLOCK


Aplikasi jam loceng ini akan membantu orang-orang kurang upaya pendengaran untuk menggunakan jam loceng. Seperti yang kita tahu, jam loceng yang asalnya adalah jam yang akan berbunyi apabila tiba waktu yang kita tetapkan. Jadi, melalui penciptaan jam loceng ini, golongan yang kurang upaya dalam penglihatan akan dapat menggunakannya juga. Ini disebabkan oleh jam loceng ini akan mengeluarkan cahaya apabila waktu yang telah kita tentukan tiba.


SCANNING PEN FOR DYSLEXIC


Penggunaan 'scanning pen' ini dapat membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia dalam aktiviti membaca dan mengenal huruf. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak bermasalah pembelajaran disleksia mempunyai masalah dalam mengenal huruf, membaca, mengira, dan lain-lain. Jadi, melalui penggunaan 'scanning pen' dapat membantu kanak-kanak disleksia.


IBM PEOPLE



IBM People merupakan satu aplikasi yang terdapat pada tongkat bagi orang yang kurang upaya dalam penglihatan. Tongkat ini dilengkapi dengan satu alat yang dapat mengesan kedudukan kawan orang kurang upaya dalam penglihatan, dapat mengesan bahaya yang berada di persekitaran orang yang kurang upaya dalam penglihatan. Selain itu, tongkat ini juga membantu orang kurang upaya penglihatan untuk bergerak tanpa bantuan orang lain.


READING GLASSES PROJECT


Reading Classes Project merupakan satu projek yang membantu orang yang mengalami masalah penglihatan untuk membaca atau mengesan sesuatu. Ini dilakukan dengan memakai kaca mata yang direka khas. Ini akan membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengesan sesuatu tempat dengan sendirian tanpa bantuan orang lain.



NAVIGATION FOR BLIND


Navigation for Blind ini merupakan satu alat yang dicipta untuk kemudahan orang yang mengalami masalah penglihatan di mana apabila mereka ingin menaiki bas, alat itu akan berbunyi apabila bas sudah sampai. Ini akan memudahkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk menggunakan pengangkutan awam.


PROGRAM HELPS DEAF-BLIND ACCESS TECHNOLOGI


Ini merupakan satu teknologi yang direka cipta untuk membantu orang yang berkeperluan khas untuk menggunakan teknologi. Ini akan membantu mereka untuk melayari internet dan sebagainya seperti orang-orang lain.


REX TECHNOLOGY



Alat ini direka khas untuk orang-orang yang berkeperluan khas seperti lumpuh dan sebagainya. Alat ini direka untuk membantu mereka untuk bergerak dan berjalan. Alat ini akan menyokong mereka untuk berdiri dan berjalan.


SCANNING READING ASSISTIVE


Aplikasi ini direka khas untuk orang yang mengalami masalah dalam penglihatan. Alat ini akan membantu mereka untuk membaca tulisan yang bukan ditulis dengan tulisan braille. Alat ini akan bertindak menjadi pengesan dan membacanya dengan suara yang boleh membuatkan orang yang mengalami masalah penglihatan ini mengetahui apa yang ditulis dalam kertas tersebut.


GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Untuk tugasan pertama saya, saya dikehendaki untuk mencari 10 gambar yang berkaitan dengan kursus saya 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan'. Saya telah memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan program saya iaitu Pendidikan Khas. Jadi, berikut merupakan gambar-gambar 'Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan Khas'. Semoga gambar-gambar ini mampu memberi manfaat kepada orang lain.

10 GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN BAGI PENDIDIKAN KHAS

JAM BRAILLE


Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.


ARCA MATEMATIK


Ia direka seperti patung dengan kod Nemeth iaitu satu bentuk Braille yang digunakan untuk simbol saintifik. Alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan. Ini akan membantu orang yang kurang upaya penglihatan untuk mengira dalam subjek Matematik. Sememangnya dengan adanya alat ini, orang kurang upaya akan dapat menggunakan abacus seperti pelajar-pelajar tipikal yang lain dalam subjek matematik. Jika sebelum ini abacus hanya boleh digunakan oleh pelajar tipikal, tetapi kini para pelajar bukan tipikal juga boleh menggunakannya. Sebagai contohnya dengan penghasilan kod Nemeth bagi pelajar yang kurang upaya penglihatan ini.


THUMB DRIVE


Kemajuan teknologi masa kini telah membawa arus yang baru dalam era penciptaan teknologi. Kalau di masa lalu kita menggunakan pen sebagai bantuan untuk menulis dan sebagainya. Tetapi dengan penciptaan teknologi pada masa kini mencipta teknologi pen yang baru yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang terkini. Teknologi pen yang terkini ini mempunyai ciri-ciri spesifikasi seperti mempunyai spy kamera dan usd (thumb drive) yang dapat menyimpan maklumat yang diperlukan. Pen ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana rekaanya yang kecil dan memenuhi citarasa pengguna.

BRAILLE SENSE PLUS


BRAILLE SENSE PLUS merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Alat ini sangat membantu terutama kepada golongan OKU penglihatan yang menggunakan medium Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka dan memudahkan mereka di tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.


B&D MESSENGER


B&D messenger ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Ini membantu golongan orang kurang upaya penglihatan untuk membuat nota dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sebagai contohnya ketika menghadiri kelas atau sebagainya. Ini akan memudahkan golongan orang kurang upaya penglihatan kerana mereka tidak perlu membawa mesin braille untuk menulis. Ini jelas menunjukkan bahawa alat ini sememangnya mesra bagi golongan yang kurang upaya penglihatan.


PROSTETIK


Mampu menggantikan seluruh atau sebahagian anggota badan yang tiada. Selain itu, teknologi ini berupaya untuk mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuskular. Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan hidup bagi individu yang tidak berupaya. Teknologi ini mampu menyediakan tekanan, sokongan, perlindungan, pencegahan, pembetulan, pengawasan, mobiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya.


MESIN PEREDARAN DARAH


Pada masa kini, pengurutan kaki merupakan cara perubatan asli yang diketahui ramai, alat-alat fisiologi juga semakin popular. Selama ini, mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan kesan pemulihannya yang memuaskan. Mesin ini juga mampu membantu pengguna-penggunanya memperolehi kesihatan semula. Mesin peredaran darah ini direka berdasarkan cara perubatan tradisi Cina termasuk urut kaki, ‘gua sa’, ‘akupuntual’ dan perubatan barat termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’. Mesin ini boleh menyelaraskan system peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.

SENTUHAN AUDIO


Direka oleh Dinard José dan Mata Filho bagi teknologi bantuan ketidakupayaan pengelihatan. Ia bertujuan untuk digunakan sebagai alternatif dalam usaha melaksanakan perkara-perkara yang mustahil dan sukar. Sistem ini terdiri daripada gelang bagi mengesan telefon yang membolehkan pengguna untuk menggimbas kod bar terus dari pergelangan tangan dan menerima maklumat audio secara terus berkaiatan produk yang diperiksa. Menggunakan alat ini, ketidakupayaan pengelihatan dapat membandingkan harga barangan yang sama, memahami data teknikal, dan mudah mencari warna yang dikehendaki ke atas sesuatu produk yang ingin dimiliki.


SUARA BATANG PEMBACA UNTUK ORANG BUTA


Braill digunakan oleh orang buta untuk membaca sesuatu maklumat dan ia merupakan pembelajaran yang amat penting dalam kehidupan harian. Namun demikian, terdapat kesukaran yang berlaku apabila tidak mempunyai bahan yang lengkap seperti buku dan sebarang bentuk maklumat yang ditukar kepada braill. Oleh itu, orang buta sukar untuk mengakses maklumat terkini kerana maklumat braill yang sedia ada berkemungkinan tidak lengkap dan sudah lama. Justeru itu, Stick suara baru telah diperkenalkan oleh Sung Woo Park, stick mudah alih ini merupakan inovasi yang dicipta bagi mengubah alih teks yang mengimbas ke dalam bentuk visual, fungsi OCR sebagai alat untuk menukar maklumat bertulis ke dalam sebatang kayu bersuara. Batang suara boleh digunakan untuk menukar perkataan atau huruf yang dijumpai seperti di dalam buku, surat khabar, kontrak, mel dan sebagainya ke dalam bentuk maklumat bersuara.


BRAILLE E-BOOK


Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidka sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu “Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana harga pasaran yang tinggi.



MAKLUMAT DIRI BLOGGER

Berikut merupakan sedikit latar belakang mengenai diri saya..

BIODATA



NAMA : NOOR AKMARWATI BINTI MAT YAUB

NO.MATRIX : A149507

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 1 SESI 2014/2015

TUTORIAL : MEJAR JASMY (ISNIN 12-2 PETANG)

MASA : 12-2 PETANG

TEMPAT : MAKMAL 3

FACEBOOK : NOOR AKMARWATI MAT YAUB

NO.TEL : 014-5329769

NO.TEL RUMAH :

ALAMAT KOLEJ : KOLEJ PENDETA ZA’BA, UKM BANGI

ALAMAT RUMAH : KG. WAKAF BUNUT, BUKIT JAWA, 16800, PASIR PUTEH, KELANTAN