10
GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN BAGI
PENDIDIKAN KHAS
JAM
BRAILLE
Jam ini yang telah
direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam
ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya
untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang
mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara
ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka
Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat
mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.
ARCA
MATEMATIK
Ia direka seperti
patung dengan kod Nemeth iaitu satu bentuk Braille yang digunakan untuk simbol
saintifik. Alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam
pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan. Ini akan membantu orang yang kurang upaya penglihatan untuk mengira dalam subjek Matematik. Sememangnya dengan adanya alat ini, orang kurang upaya akan dapat menggunakan abacus seperti pelajar-pelajar tipikal yang lain dalam subjek matematik. Jika sebelum ini abacus hanya boleh digunakan oleh pelajar tipikal, tetapi kini para pelajar bukan tipikal juga boleh menggunakannya. Sebagai contohnya dengan penghasilan kod Nemeth bagi pelajar yang kurang upaya penglihatan ini.
THUMB
DRIVE
Kemajuan teknologi masa kini telah membawa arus yang
baru dalam era penciptaan teknologi. Kalau di masa lalu kita menggunakan pen
sebagai bantuan untuk menulis dan sebagainya. Tetapi dengan penciptaan
teknologi pada masa kini mencipta teknologi pen yang baru yang dilengkapi
dengan ciri-ciri teknologi yang terkini. Teknologi pen yang terkini ini mempunyai
ciri-ciri spesifikasi seperti mempunyai spy kamera dan usd (thumb drive) yang
dapat menyimpan maklumat yang diperlukan. Pen ini juga boleh dibawa ke
mana-mana sahaja kerana rekaanya yang kecil dan memenuhi citarasa pengguna.
BRAILLE
SENSE PLUS
BRAILLE SENSE PLUS merupakan sejenis alat yang
digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan
menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai
reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Alat ini sangat
membantu terutama kepada golongan OKU penglihatan yang menggunakan medium
Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka dan memudahkan mereka
di tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh
menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.
B&D MESSENGER
B&D messenger
ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang
upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Ini membantu golongan orang kurang upaya penglihatan untuk membuat nota dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sebagai contohnya ketika menghadiri kelas atau sebagainya. Ini akan memudahkan golongan orang kurang upaya penglihatan kerana mereka tidak perlu membawa mesin braille untuk menulis. Ini jelas menunjukkan bahawa alat ini sememangnya mesra bagi golongan yang kurang upaya penglihatan.
PROSTETIK
Mampu menggantikan seluruh atau sebahagian anggota
badan yang tiada. Selain itu,
teknologi ini berupaya untuk mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem
skeletal dan neuromuskular. Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan
hidup bagi individu yang tidak berupaya. Teknologi ini
mampu menyediakan tekanan, sokongan, perlindungan, pencegahan, pembetulan,
pengawasan, mobiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya.
MESIN
PEREDARAN DARAH
Pada masa kini, pengurutan kaki merupakan cara
perubatan asli yang diketahui ramai, alat-alat fisiologi juga semakin popular.
Selama ini, mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan kesan pemulihannya
yang memuaskan. Mesin ini juga mampu membantu pengguna-penggunanya memperolehi
kesihatan semula. Mesin peredaran darah ini direka berdasarkan cara perubatan
tradisi Cina termasuk urut kaki, ‘gua sa’, ‘akupuntual’ dan perubatan barat
termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’. Mesin ini boleh menyelaraskan
system peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.
SENTUHAN
AUDIO
Direka oleh Dinard José dan Mata Filho bagi
teknologi bantuan ketidakupayaan pengelihatan. Ia bertujuan untuk digunakan
sebagai alternatif dalam usaha melaksanakan perkara-perkara yang mustahil dan
sukar. Sistem ini terdiri daripada gelang bagi mengesan telefon yang
membolehkan pengguna untuk menggimbas kod bar terus dari pergelangan tangan dan
menerima maklumat audio secara terus berkaiatan produk yang diperiksa.
Menggunakan alat ini, ketidakupayaan pengelihatan dapat membandingkan harga
barangan yang sama, memahami data teknikal, dan mudah mencari warna yang
dikehendaki ke atas sesuatu produk yang ingin dimiliki.
SUARA BATANG PEMBACA
UNTUK ORANG BUTA
Braill digunakan oleh orang buta untuk membaca
sesuatu maklumat dan ia merupakan pembelajaran yang amat penting dalam
kehidupan harian. Namun demikian, terdapat kesukaran yang berlaku apabila tidak
mempunyai bahan yang lengkap seperti buku dan sebarang bentuk maklumat yang
ditukar kepada braill. Oleh itu, orang buta sukar untuk mengakses maklumat
terkini kerana maklumat braill yang sedia ada berkemungkinan tidak lengkap dan
sudah lama. Justeru itu, Stick suara baru telah diperkenalkan oleh Sung Woo
Park, stick mudah alih ini merupakan inovasi yang dicipta bagi mengubah alih
teks yang mengimbas ke dalam bentuk visual, fungsi OCR sebagai alat untuk
menukar maklumat bertulis ke dalam sebatang kayu bersuara. Batang suara boleh
digunakan untuk menukar perkataan atau huruf yang dijumpai seperti di dalam
buku, surat khabar, kontrak, mel dan sebagainya ke dalam bentuk maklumat
bersuara.
BRAILLE
E-BOOK
Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang
menjadi pencetus kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau
mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai
masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah
mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidka
sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan
pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka.
Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu
alat baru yang inovatif iaitu “Braille E-Book”. Braille E-Book ini boleh
digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk
menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang
berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik.
Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana
harga pasaran yang tinggi.










No comments:
Post a Comment