Apa itu teknologi????
Teknologi merupakan satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia bagi memudahkan urusan seseorang individu. Teknologi
juga boleh menjadi suatu benda seperti mesin, alat, atau sebagainya yang boleh
digunakan dan ianya mendatangkan kesan yang positif kepada penggunanya. Sebagai
contoh alat yang berteknologi ialah mesin basuh yang dicipta bagi memudahkan
manusia untuk membasuh pakaian mereka dimana mereka tidak perlu lagi untuk
bersusah payah membasuh pakaian mereka menggunakan tangan. Dengan adanya
teknologi pada zaman sekarang, ia telah membantu dan memudahkan urusan seharian
manusia dimana kerja-kerja yang kompleks sudah boleh diringankan dengan adanya
teknologi. Ini disokong dan dibuktikan lagi melalui kata-kata Hjetland (1995) dimana
menurut beliau “Technology can make our
lives easier. Everyday tasks are simplified”. Ini jelas menunjukkan bahawa
teknologi semestinya telah membantu memudahkan urusan manusia.
Namun begitu, teknologi juga turut membantu
individu-individu yang berkeperluan khas dengan penciptaan beberapa jenis alat
yang berteknologi tinggi yang membantu mereka untuk bergerak dengan lebih baik.
Antara alat-alat tersebut ialah
1. Kerusi roda
Individu yang mengalami masalah fizikal seperti
lumpuh, serebral palsi, dan lain-lain, mereka akan mengalami kesukaran dalam
pergerakan kerana mereka tidak dapat menggunakan kaki mereka untuk bergerak. Jadi,
dengan penciptaan kerusi roda ini telah membantu mereka untuk bergerak dari
satu tempat ke satu tempat tanpa memerlukan bantuan orang lain. Terdapat
pelbagai fungsi kerusi roda yang dicipta bagi memudahkan pergerakan golongan
berkeperluan khas ini. Terdapat kerusi roda yang boleh bergerak dengan sendiri
tanpa perlu ditolak oleh orang lain. Ini jelas menunjukkan dengan adanya
teknologi yang canggih pada hari ini telah berjaya membantu orang yang
berkeperluan khas fizikal untuk bergerak tanpa bantuan orang lain.
2. TANDAS OKU
Seperti yang diketahui umum, tandas merupakan suatu
keperluan kepada semua orang. Jadi, tandas yang terdapat juga perlulah
mempunyai kesesuai bagi semua individu yang menggunakannya terutamnya golongan
OKU iaitu individu yang berkeperluan khas. Mereka ini semestinya memerlukan
kemudahan yang secukupnya semasa menggunakan tandas tersebut. Kini, dengan
adanya teknologi, manusia telah berjaya menciptakan tandas yang mesra dengan
pengguna-pengguna yang berkeperluan khas.
Berdasarkan gambar-gambar di atas jelas menunjukkan
bahawa teknologi telah membantu golongan yang berkeperluan khas untuk melakukan
sesuatu. Jadi, kemajuan teknologi ini bukan sahaja memberikan faedah kepada
golongan tipikal, tetapi golongan yang berkeperluan khas juga. Antara faedah
yang diperolehi oleh golongan-golongan ini ialah :
1. Dapat memudahkan
pergerakan.
2. Dapat meringankan
beban golongan berkeperluan khas yang sentiasa memerlukan bantuan orang lain
untuk bergerak.
3. Memberi peluang
kepada golongan berkeperluan khas untuk mencuba untuk berdikari.
4.Melalui faedah-faedah di atas, boleh disimpulkan
bahawa teknologi telah membantu semua golongan dalam melakukan sesuatu.
Melalui faedah-faedah di atas, boleh disimpulkan
bahawa teknologi telah membantu semua golongan dalam melakukan sesuatu. Saya harapkan semoga ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat kepada semua orang walaupun ilmu yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit sahaja.


Assalamualaikum akmarwati,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat yang telah anda nyatakan di atas. Benarlah teknologi bukan sekadar memudahkan urusan kita malah ianya juga sangat membantu manusia yang berkeperluan khas. Hal ini sedikit sebanyak juga dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka juga :)
SITI NORFIRDAUS BINTI MOHAMMED ASHAARI
A149324
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTeknologi amat membantu kita generasi kini untuk terus maju dan maju. Penggunaan teknologi pada golongan kurang berupaya bukan sahaja dapat memudahkan urusan harian mereka malahan dapat bergerak seiring dengan manusia lain yang beruapaya. Hal ini akan memberi mereka semangat untuk terus hidup dan rasa tidak disisihkan kerana mereka juga boleh melakukan aktiviti yang dilakukan oleh insan lain.
Banyak lagi contoh alatan teknologi yang membantu golongan kurang upaya sekarang ini. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak ditindas begitu sahaja dengan sewenang-wenangnya.
Muhammad Firdhaus Bin Mohd Yazid
A150429
Dengan kemunculan teknologi dapat membantu bukan sahaja golongan yang normal malah golongan yang kurang upaya juga. Ini dapat meringankan beban mereka dan memudahkan urusan harian mereka.
ReplyDeleteMuhamad Haziq bin Md Khalid
A150044
Assalamualaikum.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membantu manusia dalam pelbagai bidang termasuklah dalam membantu warga yang memerlukan. namun kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa penciptaan alat-alat ini tidak bermakna jika prasarana di tempat awam tidak mesra kepada penciptaan alat-alat ini. contohnya kerusi roda dicipta tetapi laluan untuk kerusi roda tiada. tandas untuk OKU besar, tetapi pintu masuk tandas yang utama belum tentu memuatkan kerusi roda. harap-harap kita sedar dan mula ambil tindakan yang sewajarnya. insya-ALLAH.
Muhammad Haziq Bin Abdullah
A147843
Assalamulaikum,
ReplyDeleteTidak dinafikan teknologi masa kini banyak membantu dan memudahkan kita . Teknologi yang canggih masa kini banyak memberi kemudahan kepada golongan kurang upaya untuk menjalani kehidupan seharian mereka tanpa perlu menghadapi pelbagai masalah .
Nur Farahana Bt Mohd Nazir
A146235
Assalamualaikum
ReplyDeleteBenar teknologi membawa perubahan baru dalam diri setiap individu. Penggunaan teknologi dalam kalangan OKU sangat menakjubkan. Ianya benar-benar membantu golongan OKU kerana teknologi dapat memudahkan lagi urusan golongan OKU.
Nurin Jazlina Binti Abdul Halim
A148911
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTeknologi berperanan untuk memudahkan urusan manusia dan golongan OKU juga tidak terkecuali. Kepesatan teknologi kini diharapkan dapat lebih memberi idea kepada pereka untuk membuat sesuatu teknologi yang dapat memudahkan golongan OKU.
Nur Azila Ismail
A146256